Sunday, September 18, 2011

kenangan cinta terakhir

18 september 2011 ,5:30pm (Malaysia time)

Hari ni aku berjumpa izham. mungkin buat kali terakhir. izham yang aku kenal dan aku bercinta selama 5 tahun dengannya, telah berubah hati kerana mengikut sangat kemahuan keluarga yang x dapat menerima aku sebagai ahli baru dalam keluarganya.  dan yang aku sedihnya.... orang baru tu sama nama dengan aku. Ya Allah... dugaan apakah ini??

aku hanya dapat berjumpa izham di KLIA selama 30 minit sahaja. aku mmg rindu sangat nak melihat wajahnya, tp aku x berdaya. aku hanya menunduk dan airmata mengalir laju tanpa dapat aku tahan. Ya Allah,,, hati aku sakit sangat... sedu sedan aku kat situ tanpa rasa malu orang lalu lalang.

Ya Allah... mmg aku sayang sangat pada dia. hubungan selama 5 tahun x dapat bersambung hanya kerana halangan adik beradik. lagipun izham x mampu menghalang. dia pasrah pada pilihan keluarga. kenapa serapuh tu semangat izham?? kalo cinta, kita kena berjuang.... Ya Allah... aku mmg perlukan Izham.. untuk seumur hidup aku. impian yang aku selalu impikan berkecai sekelip mata..

Ya Allah... teruk sangat ke hambaMu ini... dibenci orang. padahal aku sedang berusaha untuk memenangi kembali hati adik beradik dia. tp aku x diberi peluang.. aku rayu untuk diberi peluang, tp sekejam tu aku dihalang..

Ya Allah.. Kau tabahkanlah hatiku dalam menghadapi dugaanMu.. Aku lemah pada waktu ni......

No comments:

Post a Comment